Pages

Thursday, November 28, 2013

Kontraktor Melayu

Kontraktor Melayu 1
 
Abg minta depa mai tengok rumah, buat anggaran dan bagi quotation.
 
Dah 2 bulan berlalu....senyap.
Bila contact dok cakap nanti-nanti.
Kalau tak boleh buat bagitau sajalah. Menyusahkan orang betul.
Kami konon-konon beriya nak tolong orang Melayu.
Jawabnya lepas ni mahap ler.
Dah blacklist terus.
 
Kontraktor Melayu 2
 
Tempat kerja aku perlu pengubahsuaian. Dekat 2 bulan aku dah laporkan kepada jurutera yang berkenaan.
Kontraktor tak datang-datang.
 
Akhirnya semalam baru kontraktor datang untuk buat kerja-kerja pengubahsuaian.
Itupun setelah jurutera kejar depa dan ugut untuk terminate kontrak.
 
Apa kena dengan kontraktor Melayu ni?
Bila dah dapat projek tak nak buat betul-betul.
Kalau buat kerja pun macam melepaskan batuk di tangga.
 
Macam kat ofis aku, selesai kerja pengubahsuaian atau mengecat, depa akan tinggalkan segala simen, kotoran dan tin cat macam tu saja.
Pastu hang reportla sepuluh kali pun depa takkan datang lagi.
Mahu tak mahu terpaksa cleaner jugak angkut semua benda dan buang.
 
Aku perati kalau kontraktor Cina, walaupun sekadar tukar pintu, depa akan buat sehabis baik.
Pintu dicat dan lepas tu tempat depa kerja depa akan bersihkan.
 
Satu lagi, kontraktor Melayu suka cakap macam bagus.
Siap panggil aku dan terangkan macam-macam.
Aku hangguk-hangguk jer; tahu itu cuma cakap air liur jer.
Bila kerja siap....macam *tut*
Apa yang dia terangkan tu sikit pun tak sama macam apa yang dihasilkan.
 
Satu lagi, kontraktor Melayu suka gaji orang Bangladesh, Mynmar dan Indonesia.
Tahu sajalah kualiti kerja depa macam mana.
Pernah aku marah sorang Bangla tu yang buat cover exhaust fan macam hapa.
Nasib time tu aku ternampak masa tengah ronda-ronda.
Yang mamat Bangla ni sengih-sengih siap nak balik dah.
Padan muka kena buka balik dan buat semula semuanya.
Yang aku marah sangat si kontraktor ni langsung tak monitor kerja-kerja anak buah depa.
 
Ish, ish. Memang Layu!
 
 


2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya kontraktor cina pun sama jgk cuma dia org ni senyap jer. Kontraktor cina yg buat rmh saya slalu komplen bahawa byk rumah yg dibuat dek kontraktor cina tu tak siap. Duit dh bagi tapi lesap. Jiran saya sendiri terkena. Kesian kena tipu kaw kaw. Jadi mana mana bangsa tu sama jer klu tiada sifat amanah.

Bearcat said...

Anon, betul. Tapi dalam kes saya yang selalu berhadapan dengan kontraktor Melayu ni jadi macam geram jer. Nasib tak berapa elok sebab belum bertemu kontraktor Melayu yang buat kerja dengan amanah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...