Pages

Thursday, October 27, 2016

SALTY CAKE - KING'S

Ternampak ada kek baru di King's. Aku jadi tertarik untuk mencuba. Namanya Salty Cake. Makinlah aku teruja. Selalunya kek manis, tak pernah pula rasa kek yang masin, kan?

Ada promosi untuk kek ini. Beli satu percuma satu.

Dah makan sikit kek baru teringat nak ambil gambar hehe...

Kek ini macam kek span. Dilapisi krim yang nipis dan di permukaannya ditabur bawang goreng. Bawang goreng? Iya.

Bila masuk jer ke dalam mulut...emm sedapnya Salty Cake ni. Tak ada rasa masin pun. Rasanya macam kek span, kuat rasa telur dan sedap bila tergigit bawang goreng.

Cubalah beli. Err...aku bukan buat iklan untuk King's ya hehehe. Cuma berkongsi rasa.

4 comments:

Atie Yusof said...

haishhh...nampak sedap sangat tu..mcm tak pernah makan lg ni..hihi
nak kena carik..:)

Bearcat said...

Tak tahulah kalau tunas rasa kita berbeza hehe. Ada orang tak boleh makan kalau makanan tu dah terkeluar sikit dari normanya kekeke. Tapi tak salah mencuba :-)

Zilla said...

gambar takde? nak try cari nanti..

Bearcat said...

Zilla, gambar ada. Nanti saya upload. Update blog guna hp tak boleh nak upload gambar hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...