Pages

Monday, May 15, 2017

RESEPI : MEE TELUR HOMEMADE

Peperiksaan Pertengahan Tahun baru saja berakhir. Hari ini Iman demam. Maybe sebab cuaca panas sangat atau Iman terlebih makan pulut sewaktu majlis tahnik Ilham. Iman siap mengaduh sakit badan. Emm...sakit uratlah tu sebab pulut.

Petang semalam pun Iman tidur saja. Aku minta bantuan dia untuk sama-sama buat mee telur pun dia menolak. Nampak sangat dia memang tak larat. Cuma masa tu badan Iman takderlah panas.

Ok, aku sempat buatkan mee telur homemade petang semalam untuk makan malam kami sekeluarga. Orang tak sihat buat kerja maka faham-fahamlah betapa slownya bergerak. Aku lebih banyak duduk daripada berdiri.

Disebabkan aku tak punya mesin pasta/mee, maka aku potong saja doh menggunakan pisau. Jangan lupa taburkan sedikit tepung di atas dulang untuk elakkan mee melekat.


Ini rupanya mee yang telah dicelur dan dimasukkan sedikit minyak. Mee agak tebal memandangkan potongan dibuat secara manual.

Rupa mee sup yang telah dimasak. Buruk betul gambar ni, Tapi aku dah tak larat nak snap gambar. Sampai rupa sayur dalam sup pun tak kelihatan.

MEE TELUR / EGG NOODLES

Bahan-bahan :
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 130 mL air (tuang sedikit-sedikit)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak

Cara memasak :
1. Masukkan telur, garam dan sedikit demi sedikit air ke dalam tepung.

2. Uli doh sehingga membentuk doh yang licin.

3. Canai doh dan potong mengikut bentuk yang dikehendaki. Jika ada mesin pembuat mee / noodle maker boleh masukkan doh ke dalamnya.

4. Didihkan air dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya.

5. Masukkan mee dan angkat bila masak.

6. Lalukan mee di bawah air sejuk. 

7. Boleh gaulkan mee dengan sedikit minyak lagi jika anda suka.

8. Mee sudah siap untuk digunakan sama ada untuk buat mee sup, mee kicap, mee goreng dan pelbagai resepi lagi.

Mee telur sedap dimakan begitu saja. Yang penting mee ini lebih sihat dan terjamin kebersihannya kerana kita yang membuatnya sendiri.

Selamat mencuba :-)


2 comments:

insan marhaen said...

begitulah pengorbanan seorang ibu/isteri. dalam tak larat pun paksa bangun memasak...

Bearcat said...

Selagi terdaya...insyaAllah :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...