Orang selalu kata si polan tu mulut memang jahat tapi hatinya baik.
Tapi aku tak dapat terima.
Adakah ini bermaksud di suatu waktu si polan itu akan mengumpat dan memaki hamun dan dalam masa yang sama membantu orang yang dicercanya?
Apa yang aku faham, apa yang terpendam dalam hati itulah yang akan terzahir pada perbuatan dan terucap pada mulut.
Kalau hati bersih, kata-kata yang keluar dari mulut selalunya perkataan yang baik-baik sahaja; begitu juga sebaliknya.
Jika begitu, agaknya Allah akan menilai yang mana satu, mulut atau hati?
2 comments:
Jiran aku dulu, Wan Jaba, hatinya baik tapi mulutnya riuh bak bertih digoreng.
Orang beginilah yang aku ingat sampai hari ini...
Itulah, mungkin ada perbezaan di antara mulut riuh dengan mulut jahat. Mulut riuh ni pi mana pun dengar suara dia saja....tapi selalunya dia menceriakan suasana.
Mulut jahat pulak biasanya apa yang terkeluar daripada mulut dia pasti orang sakit hati dan makan hati hehe.
Gitulah gamaknya kot...
Post a Comment