Pages

Sunday, August 5, 2012

Iftar di Ganu

Minggu lepas kami balik Terengganu, nak berbuka bersama mertua tersayang. Kan sebelum ni tak jadi balik....maka, baju dalam beg tak dikeluarkan pun. Minggu seterusnya, tengahari Jumaat terus kami balik kampung dari tempat kerja. Iman pun direct dari Taska ke Terengganu hehe. Tapi aku dah siap baju Iman untuk ditukar di dalam kereta. Sampai di Petronas, semua baju dan seluar dilucutkan, muka Iman dilap dan ditacap dengan bedak baby. Kenapa aku buat macam tu? Sebab, Iman kalau diambil dari taska selalu comot tomot. Ntah kenapa aku pun kurang pasti.

Alhamdulillah, cuaca baik-baik sahaja. Tak panas, tak mendung.

Kami melencong masuk ke Pekan Gerik untuk beli KFC buat Iman. Iman tido jer sepanjang perjalanan. Letih sangat kot. Bila dia terjaga sekejap-sekejap, dia makan nugget, minum Milo dan kembali sambung tido. Lega jugak aku bila Iman tido. Kalau tidak jenuh bergusti dalam kereta selama 8 jam perjalanan haha.

Macam biasa kami akan singgah di rumah Makndak di Selising. Awal-awal lagi aku dah beritahu Makndak kami akan balik Terengganu. Makndak ajak aku berbuka di rumahnya. Dalam 20 minit lagi waktu berbuka kami sampai di rumah Makndak.


Juadah yang Makndak sediakan untuk berbuka...Wuyo! Aku dah rambang mata
 


Close up : Ayam percik Yati, Perut Masam Makndak yang Marbeles
 


 
Gulai kawah, tomyam campur, kulit ayam percik, acar umbut, ulam-ulaman....pergh!



Solok Lada, Acar Umbut Kelapa, Kerabu apantah, Budu (Wajib)


Wow! Banyaknya makanan. Rasa terbeliak juga mata aku masa makanan dihidangkan. Bukannya apa, kami kalau berbuka, cukup dengan air teh panas, nasi dan dua jenis lauk sahaja. Tapi rezeki jangan ditolak hehe. Apa lagi, bila azan berkumandang....ngap. Tangan sampai tak tentu hala tak tahu nak capai makanan yang mana satu....teruk betui aku ni haha. Akhirnya kami makan semua lauk serba sedikit. Memang sedap. Pencuci mulut pula dihidangkan buah tembikai kuning dan lonchong (betul ke aku eja ni? hehe). Gambar lonchong tak sempat ambik sebab laju jer lonchong tu meluncur dalam mulut ke perut hehehe. Terima kasih banyak Makndak & Pakndak. Depa ni selalu tak kedekut nak jamu makan kami sedap-sedap tiap kali kami singgah di rumah depa. Memang tetamu depa raikan betullah. Patutlah depa pun murah rezeki dan kaya raya.

Esoknya pukul 9am baru kami bertolak balik ke Terengganu untuk berbuka bersama mertua dan adik-beradik Abg yang lain. Itu memang tak dak gambarlah. Tak dan pun nak ambik gambar + segan aku. Nanti apa pulak depa kata hehehe. Lagipun aku ni selalu low profile kalau di rumah mertua (kuang kuang kuang).

Sempat jugak aku borong baju 3 helai di pekan sehari di sana. Cantik-cantik kain/baju yang dijual di situ. Patutlah mak mertua aku macam jeling sebelah mata jer time aku beli kain pada dia dulu. Almaklumlah, aku ni nama jer perempuan tapi pilih kain pasang pun tak reti. Main taram jer yang mana aku rasa ok. Lepas pada tu aku dah serik nak beli kain ke apa ke pada mak mertua hehehe. Aku bagi duit jer pada dia. Nanti boleh dia boleh beli baju ikut taste dia nak :p

Esoknya kami terus balik. Penat tapi puas hati. Abg of course ler paling gembira dapat berbuka dengan family dia.

Sempat kami beli kuih akok kedut dan bihun + ayam percik untuk Iman makan dalam perjalanan. Bising jer Iman makan sambil kata kuih akok tu sedap. Tapi masalahnya, aku bagitahu Iman kuih tu namanya Akok Kedut. Imam dok hentam sebut "Mama, cedapnya kuih Akok Kentut ni."

Hahaha apalagi...guling-guling aku gelakkan Iman sampai berair-air mata. Apa-apa jerlah cik Iman oii.

Iman dan "Akok Kentut"

Selalu balik Ganu mesti tak miss beli satar tapi di bulan puasa tak ada pulak orang jual satar ni...



2 comments:

Izat Tarmizi said...

Hahah akok kentut,hahah

Bearcat said...

Iman kan...orang sebut lain dia sebut lain, pastu dia gak pulun gelak haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...