Pages

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Jadi!

Selamat Hari Jadi Abg! Dah 38 tahun pun Abg. Tapi wajah Abg awet muda; macam baru 20-an. Jeles betul aku tau hehe.
 
Aku cuma mampu celebrate birthday Abg dengan sebiji kek Secret Recipe. Pastu aku gagahkan diri untuk masak Mee Kuah Resepi Mak yang memang menjadi kegemaran Abg. Letak tulang dan daging banyak-banyak. Baru sedap.


Kek Birthday. Terpaksa pilih yang coklat jer. Kalau perasa lain kebarangkalian kek tidak dimakan adalah tinggi.

 
Budak ini ingat kek ni kek birthday dia...sibuk nak potong kek dan sibuk makan kek sampai 2 slices pastu vomit! Hehe.
 
 
Aku masih letih. Dah 2 minggu aku macam ni semenjak Raya ke-3 aku muntah, sakit kepala dan sakit belakang. Takperlah...nanti-nanti baiklah tu, insyaAllah :-)
 
Selamat Hari Merdeka yang ke-55 tahun untuk semua. Jangan lupa diri dan sentiasalah bersyukur di atas rahmat yang telah Allah kurniakan selama ini.

Thursday, August 16, 2012

Berkemas-kemasan

Bersepah-sepah ruang tamu. Aku tengah mengemas baju dan barang-barang untuk bawak pulang ke kampung. Beg Iman dah ready. Beg mak dan pak budak tak ready lagi. Lembik betul ler nak kemas-kemas time puasa ni. Kalau hari biasa aku kemas baju macam The Flash. Zapp zupp zapp. Ready berdiri 3 buah beg hehe.

Perangai tak senonoh aku adalah, jika pukul 8 pagi nak bertolak, pukul 6 pagi baru aku kemaskan beg pakaian. Mana tak macam The Flash. Nampaknya di bulan puasa ni gagal aku menjadi The Flash. Dekat tiga jam dah aku termenung tengok baju-baju. Nasib baik aku tak golek-golek dalam timbunan baju tu jer (perangai tak senonoh aku sejak kecik) Seronok golek-golek dalam longgokan baju yang baru diambil dari ampaian....rasa selesa macam kucing bersantai. Tak percaya cuba try!

Sedapnya gerbil-gerbil aku tido di bulan puasa. Bukan depa posa pun.

Ramadhan kali ni aku asyik nak berbuka dengan Nasi Arab jer...sikit-sikit Lamb Mandy. Sedap nikmatnya tak leh nak cerita. Sayangnya di sini aku tak jumpa lagi Nasi Lamb Mandy sehebat di Bangi dan Kuala Lumpur. Sebabnya nasi yang dijual di sini dimasak menggunakan beras biasa, bukan beras panjang @ basmathi. Nak jimat kos kot tapi harga sama jer macam kat KL tu. Dengan itu aku telah mencari resepi nasi Arab dan akan ku kerjakan untuk membuatnya selepas raya ni. Yeay! Boleh makan sampai pengsan. Sayangnya, Abg tak minat nasi ni. Diakan orang Siam...asyik dengan Tom Yam tak abih-abih. Kiranya aku orang Arablah kan...kan...kan...  keh keh.


Nasi Lamb Mandy versi Iraq. Daging kambing tu memang marvellous!



Yang putih tu dessert (sedap), kuah kentang dan baked beans. Tak reti nak describe.

Biasanya nasi ni aku makan waktu berbuka dan bersahur. Portion besar. Mana larat nak perabih walaupun tengok pada badan aku nampak macam makan banyak tapi aku makan sikit jer. Kambingnya sangat sedap lembut. Dessert tu pun sedap. Buat daripada susu, ditabur kelapa kering. Dua kuah tu pun sedap, pekat tapi aku tak tahu nama depa.

Sunday, August 12, 2012

Persiapan Raya Yang Tak Pernah Siap

Minggu depan dah nak raya. Aku tak ada buat persiapan apa pun. Sekadar beli baju raya untuk kami sekeluarga dan beli biskut lapan jenis. Kalau buat persiapan betul-betul agaknya habis satu Giant aku borong kot.

Jangan ngumpat aku sebab beli biskut banyak sebelum mendengar penjelasannya. Aku beli banyak biskut sebab nak bawak balik bagi kepada mertua, untuk Abg bawak ke ofis dan untuk jamuan raya ofis aku dan untuk adik-adik aku yang berdua tu makan.

Kali ni aku main order jer tanpa bagitahu Abg. Bukannya apa, sat lagi dia bising. Tapi bila dia nak bawak biskut raya ke ofis aku pulak jadi bising sebab biskutnya selalu tak ada kalau beli 3-4 balang sahaja. Tak kisahlah, untuk semua biskut memang totally aku yang bayarkan.
Tahun ni agak sedih jugak sebab aku terpaksa balik Terengganu dan tinggalkan adik-adik aku beraya di rumah Tok aka rumah Maklang. Kesian pulak pada depa. Harapnya depa faham. Aku dah berkeluarga...macam tu lah. Aku suruh adik-adik tinggal di rumah aku sebab masa raya rumah Tok aka rumah Maklang penuh dibooking oleh sepupu serta mak sedara. Suasana di rumah Tok pun pasti suram sebab Tok masih dalam wad; beraya di hospitallah gamaknya Maklang dan yang lain-lain tu. Terkenang arwah Mak. Mak meninggal sehari sebelum Hari Raya Korban. Aish! Dah dah. Kang tersedih-sedih lagi.

Untuk rumah, aku tak buat persiapan apa pun. Sebelum ni dah suarakan kepada Abang nak cat rumah, nak tukar langsir yang dah 5 tahun tak berganti (sentiasa bersih dibasuh) tapi macam biasa Abg buat senyap jer. Maka aku pun senyaplah. Memang teringin nak hias/kemas rumah cantik-cantik macam arwah Mak dan Ayah selalu buat menjelang raya. Tapi apakan daya, aku bukan tinggal dengan Mak dan Ayah lagi. Lagipun kudrat aku ni tak macam isteri-isteri orang lain. Kalau tidak dah lama aku buat semuanya sendiri.

Maka dengan sendirinya aku jadi malas nak jemput orang beraya di rumah aku tambahan pulak kawan-kawan ofis atau staf. Jadilah raya ini macam raya-raya yang lepas. Tak dapatlah aku nak masak sedap-sedap jamu tetamu yang datang. Tak bestkan? Tetamu yang datang ke rumah tu kan membawa rezeki bersama mereka. Aku berdoa agar suatu hari nanti keadaan ini akan berubah, insyaAllah. Ni yang terasa nak tinggal di kondominium. Tu dah sah-sah orang takkan boleh datang ke rumah sesuka hati; ada gak alasannya.

Alhamdulillah. Raya tahun ni anak aku dah semakin besar. Terhibur dengan keletahnya walaupun kadang-kadang geram sampai rasa nak bertukar jadi Mak Ultraman.




Bersama sepupu-sepupu dari Kelantan

Oklah. Hidup kena positif selalu. Raya kali ni memang aku berazam nak ziarah semua mak dan pak sedara sebelah Mak dan Ayah, insyaAllah. Juga aku nak ziarah sedara-mara yang dulu selalu Ayah bawak kami sekeluarga ziarah sebabnya aku tahu depa memang tak akan berkesempatan nak ziarah rumah aku aku kan tinggal di alam bunian.

Saturday, August 11, 2012

Tok di Intensive Care Unit

Tok masih di ICU. Pernafasannya juga masih bergantung kepada ventilator. Petang semalam aku sempat melawat Tok semasa waktu rehat. Kerongkong Tok sudah ditebuk. Tok pun masih lena, diberi ubat sedation. Muka Tok agak bengkak kesan daripada water retention.

Sedih tengok Tok dalam keadaan macam tu.

Pada tahun 2007, Tok mengalami keadaan yang sama. Bezanya pada waktu tu Tok masih kuat, tak selemah sekarang di atas faktor usia.

Aku masih ingat ketika Tok berjuang untuk sembuh dulu, Mak, Maknjang dan Ayah turut bersedih. Tapi kuasa Allah tidak ada siapa dapat menduga. Tok panjang umur sebaliknya Mak, Maknjang dan Ayah yang pergi dahulu.

Aku agak emosi bila terpaksa ke ICU Hospital Pulau Pinang. Di sebelah ICU, terletaknya CCU; tempat Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sedaya upaya aku tahan air mata daripada menitis; baik untuk keadaan Tok atau untuk kenangan kehilangan arwah Mak di situ. Aku harus redha dengan ketentuan Ilahi. Sedangkan diri ini pun akan ke 'sana' juga suatu hari nanti.

Doaku semoga segala urusan Tok dipermudahkan dan membawa kebaikan kepadanya. Aku sangat sayang Tok.


Walaupun Tok kadang-kadang lupa dan uzur, solat tak pernah Tok abaikan. Gambar ni masa Tok bersama Maksu. Tok masih sihat ketika ini.

Wednesday, August 8, 2012

Falafel

Semalam aku teringin nak makan Falafel. Dari minggu lepas aku beli Falafel ni tapi aku masih tak berkesempatan untuk memasaknya.

Falafel adalah sejenis makanan Arab, ala-ala Masalodeh. Bezanya Falafel dibuat dari kacang kuda dan ditambah rempah-rempah. Satu rempah yang confirm ada adalah ketumbar sebab aku ternampak biji ketumbar masa nak makan Falafel ni hehe.

First time aku kenal Falafel masa tengok satu rancangan masakan di tv. Nampak macam best. Tapi yang aku beli di kedai Arab ni dah ready made mix. Cuma perlu tambah 200 ml air untuk 2 bungkus campuran Falafel tu.


Beli 2 kotak Falafel percuma acuan untuk bentukkan Falfel


Acuan Falafel


Rupa bancuhan Falafel

Falafel yang telah siap digoreng
Kalau tanya pendapat aku, aku lebih sukakan Masalodeh. Rasanya ada sikit-sikit pahit disebabkan rempah yang diletakkan di dalamnya. Tapi si anak kecik aku tu sukalah pulak kuih ni :-P

Sunday, August 5, 2012

Iftar di Ganu

Minggu lepas kami balik Terengganu, nak berbuka bersama mertua tersayang. Kan sebelum ni tak jadi balik....maka, baju dalam beg tak dikeluarkan pun. Minggu seterusnya, tengahari Jumaat terus kami balik kampung dari tempat kerja. Iman pun direct dari Taska ke Terengganu hehe. Tapi aku dah siap baju Iman untuk ditukar di dalam kereta. Sampai di Petronas, semua baju dan seluar dilucutkan, muka Iman dilap dan ditacap dengan bedak baby. Kenapa aku buat macam tu? Sebab, Iman kalau diambil dari taska selalu comot tomot. Ntah kenapa aku pun kurang pasti.

Alhamdulillah, cuaca baik-baik sahaja. Tak panas, tak mendung.

Kami melencong masuk ke Pekan Gerik untuk beli KFC buat Iman. Iman tido jer sepanjang perjalanan. Letih sangat kot. Bila dia terjaga sekejap-sekejap, dia makan nugget, minum Milo dan kembali sambung tido. Lega jugak aku bila Iman tido. Kalau tidak jenuh bergusti dalam kereta selama 8 jam perjalanan haha.

Macam biasa kami akan singgah di rumah Makndak di Selising. Awal-awal lagi aku dah beritahu Makndak kami akan balik Terengganu. Makndak ajak aku berbuka di rumahnya. Dalam 20 minit lagi waktu berbuka kami sampai di rumah Makndak.


Juadah yang Makndak sediakan untuk berbuka...Wuyo! Aku dah rambang mata
 


Close up : Ayam percik Yati, Perut Masam Makndak yang Marbeles
 


 
Gulai kawah, tomyam campur, kulit ayam percik, acar umbut, ulam-ulaman....pergh!



Solok Lada, Acar Umbut Kelapa, Kerabu apantah, Budu (Wajib)


Wow! Banyaknya makanan. Rasa terbeliak juga mata aku masa makanan dihidangkan. Bukannya apa, kami kalau berbuka, cukup dengan air teh panas, nasi dan dua jenis lauk sahaja. Tapi rezeki jangan ditolak hehe. Apa lagi, bila azan berkumandang....ngap. Tangan sampai tak tentu hala tak tahu nak capai makanan yang mana satu....teruk betui aku ni haha. Akhirnya kami makan semua lauk serba sedikit. Memang sedap. Pencuci mulut pula dihidangkan buah tembikai kuning dan lonchong (betul ke aku eja ni? hehe). Gambar lonchong tak sempat ambik sebab laju jer lonchong tu meluncur dalam mulut ke perut hehehe. Terima kasih banyak Makndak & Pakndak. Depa ni selalu tak kedekut nak jamu makan kami sedap-sedap tiap kali kami singgah di rumah depa. Memang tetamu depa raikan betullah. Patutlah depa pun murah rezeki dan kaya raya.

Esoknya pukul 9am baru kami bertolak balik ke Terengganu untuk berbuka bersama mertua dan adik-beradik Abg yang lain. Itu memang tak dak gambarlah. Tak dan pun nak ambik gambar + segan aku. Nanti apa pulak depa kata hehehe. Lagipun aku ni selalu low profile kalau di rumah mertua (kuang kuang kuang).

Sempat jugak aku borong baju 3 helai di pekan sehari di sana. Cantik-cantik kain/baju yang dijual di situ. Patutlah mak mertua aku macam jeling sebelah mata jer time aku beli kain pada dia dulu. Almaklumlah, aku ni nama jer perempuan tapi pilih kain pasang pun tak reti. Main taram jer yang mana aku rasa ok. Lepas pada tu aku dah serik nak beli kain ke apa ke pada mak mertua hehehe. Aku bagi duit jer pada dia. Nanti boleh dia boleh beli baju ikut taste dia nak :p

Esoknya kami terus balik. Penat tapi puas hati. Abg of course ler paling gembira dapat berbuka dengan family dia.

Sempat kami beli kuih akok kedut dan bihun + ayam percik untuk Iman makan dalam perjalanan. Bising jer Iman makan sambil kata kuih akok tu sedap. Tapi masalahnya, aku bagitahu Iman kuih tu namanya Akok Kedut. Imam dok hentam sebut "Mama, cedapnya kuih Akok Kentut ni."

Hahaha apalagi...guling-guling aku gelakkan Iman sampai berair-air mata. Apa-apa jerlah cik Iman oii.

Iman dan "Akok Kentut"

Selalu balik Ganu mesti tak miss beli satar tapi di bulan puasa tak ada pulak orang jual satar ni...



Saturday, August 4, 2012

Silat

Buka bunga silat

 
Si kecik Iman dah tunjuk bakat bersilat. Kalau latih betul-betul, mesti dia pun pandai bersilat macam aku (uweek). Cuma aku berbelah bagi...nak ajar betul-betul ke tidak si Iman ni. Bukannya apa, pengalaman yang aku dah lalui buat aku terpaksa berfikir berkali-kali untuk ajar silat kepada Iman.
Takut pisang berbuah dua kali huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...