Pages

Monday, May 5, 2014

Countryside Stable Penang

Assalamualaikum.

Dah lama Iman teringin nak menunggang kuda. Akhirnya petang semalam tercapailah jugak impian Iman.

Kami ke Countryside Stable yang terletak di Pantai Malindo, Sungai Burung, Balik Pulau.
Lokasi stable ni agak jauh dari jalan besar.
Kalau nak ke sana boleh ikut signage yang ada di tepi jalan.

Countryside Stable dibuka pada jam 3pm - 7pm setiap hari.

Cantik betul pemandangan masa melalui jalan masuk ke sana.
Mata tak lepas pandang pada sawah padi hijau terbentang dengan dihiasi pokok-pokok kelapa dan bukit-bukau.

Cumanya hati-hati memandu...jalan di situ agak sempit dan lepas untuk sebuah kereta sahaja.
Kalau bawak macam nak race ada kemungkinan masuk dalam tali air kat sebelah jalan tu.



 Beli tiket dulu sebelum masuk.



 Di pintu masuk kita akan disambut oleh dua ekor rusa :)

 Kebanyakan baka kuda di sini ialah baka Arabian. Baka Arabian ni aku cukup terpesona tengok...badan langsing dan nampak bertenaga...kuda yang seksi hehe.

 Keldai pun ada sepasang. Keldai ni tengah bunting. Kejanya nak menyondol badan aku jer ish...gelii awak busuk haha.

Membersihkan ladam kuda.

 Mendengar penerangan yang diberi oleh pemilik stable ni rasa akulah...lupa nak tanya :P

Cik ni cukup ramah dan bagus memberikan informasi tentang kuda di sini. Lupa nak tanya nama Cik ni lah...

 Miniature horse @ kuda mini yang dilepas bebas. Sangat cute.



 Muka serius jer nak tunggang pony haha

Yihuu! Seronoknya dia hehe.

 Kawasan yang memang terjaga kebersihannya. I like!



 Di sini ada dijual lobak merah dan hay untuk diberi makan kepada kuda. Sebungkus lobak merah berharga RM2. Aiskrim pun ada dijual di sini. Tapi bukan untuk kuda...untuk pengunjung hehehe.

 Helmet untuk menunggang kuda.





Aku memang pencinta kuda. Nampaknya anak aku dah mewarisi minat yang sama. 
Masa study dulu aku tak sempat ambik sijil menunggang kuda.
Time tu schedule tight sangat...dah dekat final.
Sampai sekarang aku rasa rugi sangat.

Ok, jangan lupa datang ke tempat ni.
Anak-anak dan mak bapak anak-anak mesti suka sangat hehe.

Lepas tunggang kuda boleh lajak ke depan sikit; Pantai Malindo.
Port photographer ambik gambar sunset.

2 comments:

Murniwati Awang said...

best nyer..2-3 harini anak saya asyik dok ajak tunggang kuda je..sbb on da way nak g taska dia ada Nampak sekor kuda kat padang..insyaAllah esok cuti Wesak nak bawa dia dtg cni laa..

Bearcat said...

Murniwati, bebudak dan mak bapak budak sama excited jer bila dah sampai sini hehe. Boleh naik kereta kuda lalu jalan kampung...bayaran rm30 sorang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...