Pages

Tuesday, May 24, 2016

Udang Rebus di Penarik, Terengganu

Ini kisah udang rebus. Kisah yang tertinggal. Tak dan/tak sempat nak cerita hehe.

Berdekatan dengan kampung Abg, ada ladang ternakan udang. Err...kolam ternakan udang kot. 

Berapa besarnya kolam ternakan tu tidaklah aku tahu. Nampak kolamnya pun tidak. Maybe kena masuk jauh ke dalam sikit.

Biasanya jika ada udang yang rejected, depa akan rebus udang tu dan jual di tepi jalan (ada kawasan khas untuk menjual ikan air tawar dan sebagainya).

Aku cuma nak cerita kat sini betapa manisnya udang fresh yang direbus. Walla! Sepinggan Rm5 sahaja. Sedap sangat. Ratah macam tu saja. Tapi sapa yang ada gout tu berpada-padalah makan ya.

Kalau nak buat bihun ke nasi goreng ke memang best.

Petua nak makan udang ni kena makan dengan kulit-kulitnya...baru jadi penawar. Itu yang ketua penyelidik bahagian kajian penyakit ikan pernah bagitau aku. 

So, jamu mata dengan gambar udang yang dah expired sebulan ni ya hehehe.

Masih terasa kemanisan udang rebus ni..

Kalau korang nak ke Kuala Terengganu silalah ikut jalan pantai. Lebih menarik. Boleh beli udang, makan ikan/udang/sotong/ketam celup tepung dan lain-lain lagi. Jangan lupa try.

Psst! Sebenarnya udang ni reject bukan sebab penyakit ke apa tapi sebab tak cukup saiz ni. Biasanya untuk tujuan pembekalan ke pasaraya besar atau eksport memang dah ada spesifikasi yang telah ditetapkan. 

2 comments:

Atie Yusof said...

salam sis..
mak aii.. terkejut nengok udang2 tu..nampak fresh dan besor2..hehehe.. last ke Kuala Terengganu rasanya tahun 2001 kot sis.. lama dah...
mgkin juga udang ni ikut gred kan? :)

Bearcat said...

Atie, rasa udangnya sedap betul. Manis. Segar. Ya rasanya ikut gred.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...