Pages

Saturday, November 6, 2010

Cepatnya.

Minggu ni mak masuk wad, buat angiogram. Tak disangka doktor minta mak stay dalam wad dan proceed dengan second surgery. Eh! Mana boleh macam tu. Sapa yang nak jaga mak nanti. Kelam-kabut jugak aku bila mak maklumkan pada aku pagi tu.

Semalam, setelah berbincang dengan adik-adik, suami dan maklang, kami sepakat supaya surgery dibuat bulan Disember. Pakar dah beri persetujuan. Mak akan keluar wad dulu.

Iman demam panas. Teruk. Tak tahu demam panas biasa atau luar biasa. Harap yang biasa-biasa sudahlah. Aku letih jadinya. Minggu depan ada conference lagi kat KL.

Oh! Aku selalu rasa hidup ini amat meletihkan. Aku ingin berehat. Tenang. Sambil senyum-senyum.

2 comments:

hentian said...

satu hari nanti, insyaallah... kita rehat. cuma sebelum masa itu sampai kena siap bekal banyak banyak...

Bearcat said...

Risau...sedar diri sapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...