Pages

Sunday, August 12, 2012

Persiapan Raya Yang Tak Pernah Siap

Minggu depan dah nak raya. Aku tak ada buat persiapan apa pun. Sekadar beli baju raya untuk kami sekeluarga dan beli biskut lapan jenis. Kalau buat persiapan betul-betul agaknya habis satu Giant aku borong kot.

Jangan ngumpat aku sebab beli biskut banyak sebelum mendengar penjelasannya. Aku beli banyak biskut sebab nak bawak balik bagi kepada mertua, untuk Abg bawak ke ofis dan untuk jamuan raya ofis aku dan untuk adik-adik aku yang berdua tu makan.

Kali ni aku main order jer tanpa bagitahu Abg. Bukannya apa, sat lagi dia bising. Tapi bila dia nak bawak biskut raya ke ofis aku pulak jadi bising sebab biskutnya selalu tak ada kalau beli 3-4 balang sahaja. Tak kisahlah, untuk semua biskut memang totally aku yang bayarkan.
Tahun ni agak sedih jugak sebab aku terpaksa balik Terengganu dan tinggalkan adik-adik aku beraya di rumah Tok aka rumah Maklang. Kesian pulak pada depa. Harapnya depa faham. Aku dah berkeluarga...macam tu lah. Aku suruh adik-adik tinggal di rumah aku sebab masa raya rumah Tok aka rumah Maklang penuh dibooking oleh sepupu serta mak sedara. Suasana di rumah Tok pun pasti suram sebab Tok masih dalam wad; beraya di hospitallah gamaknya Maklang dan yang lain-lain tu. Terkenang arwah Mak. Mak meninggal sehari sebelum Hari Raya Korban. Aish! Dah dah. Kang tersedih-sedih lagi.

Untuk rumah, aku tak buat persiapan apa pun. Sebelum ni dah suarakan kepada Abang nak cat rumah, nak tukar langsir yang dah 5 tahun tak berganti (sentiasa bersih dibasuh) tapi macam biasa Abg buat senyap jer. Maka aku pun senyaplah. Memang teringin nak hias/kemas rumah cantik-cantik macam arwah Mak dan Ayah selalu buat menjelang raya. Tapi apakan daya, aku bukan tinggal dengan Mak dan Ayah lagi. Lagipun kudrat aku ni tak macam isteri-isteri orang lain. Kalau tidak dah lama aku buat semuanya sendiri.

Maka dengan sendirinya aku jadi malas nak jemput orang beraya di rumah aku tambahan pulak kawan-kawan ofis atau staf. Jadilah raya ini macam raya-raya yang lepas. Tak dapatlah aku nak masak sedap-sedap jamu tetamu yang datang. Tak bestkan? Tetamu yang datang ke rumah tu kan membawa rezeki bersama mereka. Aku berdoa agar suatu hari nanti keadaan ini akan berubah, insyaAllah. Ni yang terasa nak tinggal di kondominium. Tu dah sah-sah orang takkan boleh datang ke rumah sesuka hati; ada gak alasannya.

Alhamdulillah. Raya tahun ni anak aku dah semakin besar. Terhibur dengan keletahnya walaupun kadang-kadang geram sampai rasa nak bertukar jadi Mak Ultraman.




Bersama sepupu-sepupu dari Kelantan

Oklah. Hidup kena positif selalu. Raya kali ni memang aku berazam nak ziarah semua mak dan pak sedara sebelah Mak dan Ayah, insyaAllah. Juga aku nak ziarah sedara-mara yang dulu selalu Ayah bawak kami sekeluarga ziarah sebabnya aku tahu depa memang tak akan berkesempatan nak ziarah rumah aku aku kan tinggal di alam bunian.

3 comments:

insan marhaen said...

orang kata hari raya ini untuk anak-anak, betul ke? sepatutnya hari raya adalah kegembiraan untuk mereka yang ikhlas berpuasa!

Dila Sarbini said...

Wahh..DaH besar da Iman..Siap pandai posing pgg bahu lak..=.="

Selamat berpuasa & Selamat Hari Raya..=)

Bearcat said...

~IM, betul...hari raya ni untuk orang yang ikhlas berpuasa dan juga untuk kanak-kanak yang dah pasti riang menyambutnya biarpun depa tak berapa faham lagi untuk apa hari raya itu diraikan. Tapi takpa, inilah masanya kita nak bagi pemahaman kepada depa :)

~Dila Sarbini, Iman memang makin besar dan...berat. Macam-macam kerenah dia sekarang ni hehe. Walaupun pening kepala tetapi ianya menyeronokkan :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...