Masa umur aku 12 tahun, aku rasa aku paling rock. Aku suka dengar lagu-lagu rock, Melayu ada, English pun ada. Budak-budak sebaya aku time tu tak reti pasal rock lagi...aku dapat ilham rock ni kat mana pun aku tak tahu. Mungkin sebab perangai aku, aku tak suka sama macam orang lain. Apa aku buat, aku nak lain dari yang lain. Sampai pakaian pun lain daripada kawan-kawan aku (sekarang kalau tengok semula gambar lama...sakit perut aku gelakkan diri sendiri).
Kalau dah nak jadi rock, rambut kena rock. Sebelum ni tukang gunting rambut aku adalah Mak. Mahu tak mahu Mak akan paksa gunting rambut. Lawa tak lawa nasibla. Cakap banyak, silap-silap gunting Mak singgah kat 'jugular vein' aku....Eee ngeri. Mak aku komando. Semua orang dah tahu.
Satu hari tu aku 'plan' tak nak kasi Mak gunting rambut aku. Mak gunting rambut aku tak rock. Macam budak pompuan yang nak pakai riben besar atas kepala.
Nak pergi kedai gunting, duit mana ada. Jadi aku ambik cabaran menggunting rambut sendiri. Yeah! Rock! Aku berdiri di depan cermin dengan gunting. Aku pun mulala menggunting ikut hati rock aku. Kejadian ni berlaku di Sg Ara, rumah Tok. Adik An tukang tunggu aku gunting rambut.
Selesai misi aku, aku sengih puas. Aku rasa dah abis rock dengan rambut ada ekor kuda kat belakang, panjang di depan, rapat sebelah tepi.
Masa turun ke dapur, Mak jeling rambut baru aku. Aku dah cuak. Ada instinct tak best dalam hati aku. Mak dok perati saja aku tak lepas-lepas. Aku buat-buat tak nampak sambil ajak Adik An dok luar rumah.
"Bearcat! Hang mai sini!," kedengaran suara komando Mak aku menjerit.
Mampus!
Di belakang rumah dekat pokok-pokok pisang, Mak ketong rambut aku macam tikus gigit labu. Tanpa belas kasihan dan tanpa skill. Main redah saja gunting. Sambil menggunting kepala aku disenyoh-senyoh. Sakit siot! Mulut tak payah cakapla....macam M16. Pekak seketika telinga aku.
Adik An cuma mampu berdiri tercegat tengok aku kena 'belasah' dengan Mak. Aku diam, tahan air mata daripada mengalir. Tak rock la menangis. Dalam hati punya meradang Tuhan saja yang tahu.
Kemudian Mak tinggalkan aku dan Adik An. Aku tengok cermin. Rasa nak meraung. Masa tu menitis gak air mata aku. Rambut aku dah panjang pendek, tinggi rendah entah macam hapa-hapa.
Maksu kata kesian sambil dok gelakkan aku. Masa tu aku rasa nak tumbuk semua orang.
Kemudian aku mengamuk. Mana boleh aku pergi sekolah macam tu. Ni bukan rock...ni rambut orang gila! Akhirnya Mak membebel-bebel marah, kasi aku duit. Aku dan Adik An jalan kaki ke kedai gunting rambut Tai Chang. Sambil berjalan, muka aku merah tahan marah. Malu beb kat orang di pekan Sg Ara.
Kesudahannya Tai Chang pun tak leh nak adjust banyak sangat rambut aku. Rambut aku tetap senget.
MAkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
(bukti bergambar ada...tapi aku tak sanggup letakkan di sini)
4 comments:
Aku? He..he..he.. minat rock ballad ...
Oh...memang peminat rock gak ko ni IM. Tapi rock best apa...kalau cerita kat anak cucu buat kena gelak jer hehe.
Dan pakjang semua sapu. Rock, zapin, disko. Yang paling tangkap cintan ialah lagu feeling yang mendayu-dayu. Time tu kira ramai peminat perempuan. Tapi satu pun tak lekat. Last sekali dapat la makjang
Paknjang mesti ingat lagi radiogram piring itam kat atas rumah tu....Black Dog Bone la, Sweet Charity semua ada. Hehe. Masa muda-muda, jiwa tengah gila. Paknjang pulak hensem dulu, ramai minah kilang ngorat. Nasib baik dapat maknjang tu :)
Post a Comment