Pages

Friday, December 25, 2009

Kain Batik, Kain Pelekat

Ya, aku bukan jenis manusia yang berkain batik. Kecuali terpaksa; macam sekarang.
Aku tak selesa berkain batik kerana aku rasa tak selamat. Dengan perwatakan aku yang kasar, kain batik boleh terlucut tanpa disedari...Ini pernah berlaku tapi selamatlah kerana di dalamnya aku dah pakai track-suit.

Aku tak suka tengok orang yang berkain batik dan berpelekat tapi tak pandai-pandai tukar kain yang lusuh kepada kain yang baru.

Bila mereka ini berdiri atau berjalan menghadap cahaya selalunya telus betul pandangan dari dalam kain batik dan kain pelekat ini. Ish!

Serta rajin-rajinlah anda yang berkain ini menukar kain setiap hari. Bau kepam bila dah seminggu asyik pakai kain yang sama. Ish!

2 comments:

hentian said...

Selalunya, perempuan yang jarang berkain batik, bila sesekali pakain kain batik.... alahai... manisnya.

Bearcat said...

Betul ke macam tu?
Nampaknya tak boleh ler selalu-selalu berkain batik....nanti manis jadi masin lak hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...