Pekerjaan ketiga aku ini mengajar aku erti sebenar perkataan "kuli Batak". Daripada mulanya hatiku ikhlas terus jadi hampas.
Itu bukan masalah. Ini semua pengalaman. Bukan senang mahu dapat pengalaman jadi "kuli Batak". Sampai masa, aku tahu, aku perlu mengundur diri.
Aku perlukan ketenangan.
Malas pula aku nak cerita kerjaya ketiga ini.
Takut-takut aku hilang pertimbangan dan siapkan patung vodoo.
Yang mungkin aku akan rendamkan patung vodoo itu ke dalam lubang tandas.
Biar orang tersebut berbau busuk selamanya.
Kejam pulak aku.
Thursday, October 29, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Kerjaya Silih Berganti 2
Aku berhenti saja kerja di selatan tanahair terus aku dapat kerja di Penang. Atas pertolongan kawan akulah aku dapat kerja tersebut. Walaupun kerja kontrak, aku tak kisah. Asalkan aku terus dapat bekerja.
Kerja kali ni memang aku idam-idamkan. Banyak 'field work'. Maksudnya tidaklah aku terperap di pejabat setiap masa. Macam kerja pertama aku jugak. Ada masa aku terpaksa berpanas, bersengkang mata.
Tiap-tiap bulan mesti 'outstation' untuk buat 'sampling'. Walaupun aku masa tu tak dapat 'claim' satu habuk pun. Memang aku kerja ikhlas betullah. Tak kira Sabtu atau Ahad.
Gaji aku memang sikit sangat-sangat. Aku dibayar ikut gaji budak lepasan SPM. Jangan tak percaya. Tapi tak ada pula aku nak memilih. Yang penting pengalaman yang aku dapat.
Janji bos baruku dia mahu serapkan aku terus ke jawatan tetap. Tapi katanya aku harus bersabar.
Aku sebenarnya dah merangkap jadi macam 'Personal Assistant' pada bosku. Rakan-rakan yang bekerja sekali denganku ada juga lafazkan simpati atas nasib aku. Sudahla gajinya ciput, kerja boleh tahan. Bila aku beritahu pada kawan yang 'recommend' kan pekerjaan ini pada aku, dia pun terkejut. Banyak kali juga dia 'sound' bos aku suruh bayar aku lebih. Tapi alasan bosku, tak cukup duit. (kawanku itu setaraf dengan bosku, bolehla main 'sound-sound' saja).
Aku 'enjoy' bekerja bila dapat buat 'sampling' di kawasan-kawasan terpencil. Lupa pasal gaji dan penat. Satu saja yang buat aku cuak. Bila mahu buat 'sampling', biasanya kami akan menaiki bot. Semua orang berlenggeng tak pakai 'life jacket'. Aku yang tak pandai berenang ni hanya mampu berdoa banyak-banyak. Aku tahu yang lain-lain tu memang hebat berenang. Tu yang dorang selamba jer.
Sampai satu masa, rakan yang bekerja kontrak denganku mula mengorak langkah mencari kerja tetap yang lebih menjamin. Aku turut serta. Dalam hati niatnya saja suka-suka. Aku masih berpegang pada janji bosku. Yang seorang lagi pulak nekad mahu terus sambung kontrak sampai terus diserap ke jawatan tetap.
Aku dipanggil temuduga di Putrajaya untuk jawatan dalam kerajaan. Aku hadir juga walaupun aku hatiku berat mahu terima kerja tersebut. Dengan alasan takut kena 'blacklist', aku dan Abg 'terbang' malamnya dan balik selesai temuduga. Berat bagiku untuk menerima jawatan tersebut kerana setiap 5 tahun aku akan dipindahkan di mana-mana negeri di Malaysia ini. (Syukur, kawan yang terima jawatan tersebut dah 3 kali pindah dalam tempoh 6 tahun). Aku perlu fikirkan tentang suamiku. Berjauhan bukanlah sesuatu yang baik untuk perhubungan jangka masa panjang. Banyak perkara mungkin terjadi.
Dalam jangka masa aku bekerja kontak ini juga, Mak selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, tak sia-sia aku berhenti kerja dulu. Aku dapat menjaga Mak di rumahku.
Kali ini permohonan kerja yang aku kata suka-suka saja itu berjaya. Aku mula serba-salah. Mahu terima atau tidak. Jika aku terima jawatan tersebut, aku akan bekerja tetap dalam perkhidmatan kerajaan dan dapat terus menetap di Penang. Masalahnya aku tidak suka akan kerja tersebut (ya, memang betul...aku gatal tangan memohon masa tu). Abg dan keluargaku memang marahkan aku sebab memohon kerja yang menyimpang betul daripada kelulusanku.
Rakan yang memohon bersama-sama denganku turut berjaya mendapatkan kerja tersebut. Rakanku berkata ini kali keempat dia memohon baru dapat. Tak puas hati betul dia pada aku kerana sekali memohon terus diterima. (nak buat macam mana...dah rezeki kan).
Akhirnya aku buat solat isthiqarah. Tiga kali aku mendapat jawapan yang sama. Aku harus berhenti kerja kontrak dan terima jawatan baru itu. Aku ikut saja petunjuk yang Allah dah beri. Moga ada rahmat buatku.
Bosku terus memujukku. Aku cuma mampu tersenyum. Aku terpaksa. Aku perlu teruskan perjuangan untuk hidup dan membantu keluargaku sedikit-sebanyak.
Akhirnya sekali lagi aku berhenti kerja dan terus bekerja di tempat baru. Setelah 3 tahun bekerja, rakanku yang tekad untuk menyambung kontrak dengan harapan diserap ke jawatan tetap itu ada menelefonku. Dia juga telah berhenti kerja dan bekerja di tempat lain. Memang dorang tidak menunaikan apa yang dorang janji. Dan pada masa itu, aku rasa teramat lega. Tidak silap keputusan yang aku telah buat.
Bersambung....
Monday, October 26, 2009
Kerjaya Silih Berganti
Setiap orang pasti mahu kekal dalam satu kerjaya saja jika kerjaya tersebut benar-benar membuatkan dia dapat bekerja dengan gembira setiap hari.
Aku, baru 7 tahun bergraduat, tapi sudah 4 kerja silih berganti. Bukan kehendakku. Keadaan memaksa. Banyak faktor yang terpaksa difikirkan apabila terpaksa membuat pilihan untuk menukar kerja.
Cuak? Sudah pasti. Siapa yang tidak cuak bila terpaksa memulakan sesuatu dari A semula dan terpaksa membiasakan diri dengan majikan yang baru, suasana kerja yang baru; juga teman-teman yang baru.
Kali pertama bekerja aku tercampak jauh di selatan. Betul-betul jauh, di kawasan yang kiri kanannya ladang kelapa sawit dan berbukit-bukau. Tapi aku suka suasana ladang yang penuh ketenangan. Paginya sangat sejuk, malamnya sangat sepi.
Aku ditempatkan di kuarters pekerja yang tidak jauh dari kilang dan pejabat. Sebelah rumahku ialah rumah pekerja bawahanku; beberapa orang pemuda dan seorang pengurus kilang. Terdapat sebuah rumah pekerja lagi yang terletak berhampiran ladang. Kesimpulannya, semua yang tinggal di situ ialah lelaki kecuali aku dan rakan serumahku.
Bosku memang seorang yang baik. Lelaki Cina, 50-an yang bersikap agak 'tradisional' dan menggemari kecantikan (dalam erti kata yang lain dia seorang Cina 'alim'). Pejabat yang lengkap dengan kemudahan rumah selalu dijadikan rumah keduanya apabila dia sibuk menguruskan urusan kerja. Maksudnya dia akan tidur di situ pada malam-malam tertentu.
Aku gembira bekerja di situ. Tak perlu terlalu formal. Cukup setiap hari aku memakai jeans, kemeja dan kasut boot. Alatan 'make-up' boleh disimpan di dalam peti besi (aku memang tak pakai alat-alat 'make-up'). Tapi perlu 'cleanser' dan 'facial wash' kerana setiap hari aku akan pulang dalam keadaan yang 'comot' dan berpeluh-peluh.
Waktu kerja juga panjang, jam 7.30 pagi aku sudah keluar dari rumah dan 7.00 malam baru aku bergerak pulang. Semua itu tidak terasa kerana suasana kerja yang sungguh aman bagiku. Kalau diikutkan memang meletihkan apabila aku terpaksa berulang-alik berjalan kaki sekitar kawasan ladang setiap hari. Peluh tak payah cerita, mencurah-curah. (Waktu kerjaku tiada had. Pernah aku terpaksa berjaga pukul 12 tengah malam untuk bekerja sampai ke pagi).
Walaupun begitu, di hati aku tetap teringatkan Abg di rumah dan Mak yang ketika itu sakit jantung yang kronik. Berjauhan dengan orang tersayang itu amat menyakitkan sebenarnya.
Namun aku pujuk hatiku kerana menurut Bosku, setahun saja aku bekerja di situ, dia akan memindahkan aku ke ibu pejabat yang terletak di Pulau Pinang.
Untuk mencari kedai makan di daerah itu agak sukar. Yang ada cumalah kedai makan kecil, diusahakan oleh orang kampung. Lauk pun boleh dikira, tak sampai sepuluh jenis. Kedudukannya agak jauh dari ladang. Mahu tak mahu, penat atau tidak, kami terpaksa memasak setiap hari dengan sumber yang agak terhad. Tapi itu tidak menjadi masalah. Bila badan terlalu penat, apa saja yang dimasak semuanya menjadi amat sedap.
Dengan alasan itu juga aku terpaksa membeli kereta walaupun baru bekerja. Rakanku memang sudah berkereta tetapi dia asalnya orang situ biarpun daerah yang lain. Jadi dia kerap pulang ke rumah dan meninggalkan aku seorang diri di rumah. Tentulah payah bagiku untuk bergerak ke sana ke sini bila dia tiada.
Ikut hatiku, memadailah dengan sebuah motorsikal. Cuma Abg bimbangkan keselamatan diriku bila aku perlu keluar ke kedai sendirian; ialah dengan kiri kanannya berbukit dan ladang kelapa sawit. (Hari pertama aku memandu sendirian ke bandar selepas menghantar Abg pulang, ada rasa takut dan seram apabila terpaksa meredah ladang kelapa sawit dalam hujan lebat dan banjir. Bergenang juga air mata sebenarnya sambil hati tak henti berdoa agar tidak ada kejadian buruk yang berlaku sepanjang perjalananku).
Sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang membuatkan aku terus nekad untuk berhenti kerja. Apa jadi pun, aku mahu pulang.
Malam itu seperti selalunya, aku tinggal sendirian melayan siaran televisyen yang sekejap ada, sekejap hilang. Rakanku asal hari Sabtu pasti dia pulang ke kampungnya. Dia ada mengajak aku ikut sekali, tetapi aku tak mahu. Aku tak selesa tidur di rumah orang. Biarlah aku sendirian di rumah. Boleh juga aku berehat.
Telefon bimbitku berdering. Rupanya bosku menelefon dari pejabat. Dia minta aku segera ke pejabat, ada hal katanya.(liputan telefon bimbit juga tidak berapa baik di sini, kadang-kadang terpaksa aku bercakap di luar rumah untuk mendapatkan liputan yang lebih baik).
Sesampai di pejabat aku lihat bosku sedang menungguku. Diajaknya aku masuk ke bilik komputer. Di tangannya ada sekeping cd.
"Tolong, I mahu tengok cd ni malam ini. I orang tua, tak pandai mahu operate ini komputer. Nanti u ajar i sekali ok cara mau pasang cd."
Aku hanya mengangguk sambil mengambil cd yang dihulurkan kepadaku.
Seketika jantungku berdegup kencang. Oh Tuhan! Aku memandang cd tersebut. Kemudian ku pandang wajah Bosku. Kemudian ku pandang sekeliling ruang dalam bilik. Aku dan dia sahaja di dalam bilik ini.
Aku pura-pura tenang dan memasukkan cd dalam cd drive. Entah apa yang aku buat, aku sendiri tak tahu. Fikiranku dah melayang pada setiap langkah silat dan wajah Abg.
"Tak bolehla bos. Cd rosak ni."
"Aiya, i baru beli sudah rosak. Penipu betulla orang jual cd ni."
"Err berdosa bos tengok cd macam ni. Tuhan lagi tau. Itu sebab tak boleh buka."
"Hehehe tiapa-tiapa (tidak apa), i mahu syok-syok saja...ini baru level 3. Ok, u boleh balik tido. Tido baik-baik."
Aku rasa mahu pecut macam Usin Bolt saja masa tu. Tapi aku terus 'control macho'. Walhal aku dah berpeluh-peluh. Menggeletar aku 'call' Abg malam tu. Dan terus aku buat keputusan mahu berhenti kerja.
Ya, aku berhenti kerja tidak lama selepas peristiwa itu. Abg yang tolong karangkan 'resign letter' untuk aku. Walaupun bosku berat hati mahu melepaskan aku. Dia cuba 'up' kan gaji aku tetapi aku tetap geleng-gelengkan kepala.
Biarlah aku cari kerja lain. Yang penting keselamatanku lebih terjamin dan aku dapat tinggal bersama orang yang aku kasihi.
Oh, malam itu sebenarnya bosku yang 'alim' itu meminta aku memasang cd porno untuknya. Itu yang buat aku rasa mahu hempuk kepalanya dengan 'keyboard'. Dan malam itu juga baru aku tahu cd porno ini ada 'level' 1-5. Aku juga sebenarnya menipu bosku dengan mengatakan cd yang dibelinya rosak. Biarlah...diakan buta IT :) Bersambung....
Sunday, October 25, 2009
Bulu Panjang atau Bulu Pendek?
Sejak azali lagi aku memang tidak suka pada 'Persian' dan yang sewaktu dengannya. Aku lebih menggemari 'Domestic Short Hair'.
Bagi aku 'Persian' kebanyakannya tolol, lembap dan membosankan. Seperti perempuan kaya yang cantik tetapi malas dan tidak cerdik.
Aku lebih senang dengan yang bulu pendek. Cerdik, tangkas dan amat memahami.
Aku bercakap pasal kucing. Bukan pasal lelaki.
Bagi aku 'Persian' kebanyakannya tolol, lembap dan membosankan. Seperti perempuan kaya yang cantik tetapi malas dan tidak cerdik.
Aku lebih senang dengan yang bulu pendek. Cerdik, tangkas dan amat memahami.
Aku bercakap pasal kucing. Bukan pasal lelaki.
Saturday, October 24, 2009
Wajah yang Manis
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."
Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih.
Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.
Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
credit to anynomous
Friday, October 23, 2009
Aku tengah Bersedih
Aku pelik betul. Bila aku cuba luahkan kesedihan aku. Orang asyik nasihatkan aku supaya bersyukur, kena terima kenyataan.
Aduh, aku bukan kata aku tak boleh terima kenyataan atau tak bersyukur. Sebagai manusia yang normal perasaan sedih mestilah ada bila sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Tak logik pula aku nak ketawa kuat-kuat bila ada sesuatu yang tidak diingini tu berlaku semata-mata untuk tunjukkan keredhaan aku pada kejadian tersebut. Itu tidak waras namanya.
Sedih aku cukuplah aku telan air mata sorang diri. Aku tak perlu ada orang lain yang turut menangis tersengguk-sengguk di sebelah aku; yang lebih bermasalah orang itu menangis lebih teruk berbanding aku yang menghadapi masalah tersebut. (Ok ya Mak...harap Mak faham ya).
Aku perlukan kata-kata yang dapat berikan aku semangat supaya aku tak terus 'down'. Alhamdulillah, aku punya sahabat-sahabat yang tak jemu memberi kata dorongan pada aku. Terima kasih sahabat-sahabatku.
Emm! Mungkin jadi jutawan nanti....siapa tahu....pujuk hati sendiri :)
(Segala kesedihan tak akan dapat menandingi kesedihan aku bila Allah menjemput Ayah...)
Aduh, aku bukan kata aku tak boleh terima kenyataan atau tak bersyukur. Sebagai manusia yang normal perasaan sedih mestilah ada bila sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Tak logik pula aku nak ketawa kuat-kuat bila ada sesuatu yang tidak diingini tu berlaku semata-mata untuk tunjukkan keredhaan aku pada kejadian tersebut. Itu tidak waras namanya.
Sedih aku cukuplah aku telan air mata sorang diri. Aku tak perlu ada orang lain yang turut menangis tersengguk-sengguk di sebelah aku; yang lebih bermasalah orang itu menangis lebih teruk berbanding aku yang menghadapi masalah tersebut. (Ok ya Mak...harap Mak faham ya).
Aku perlukan kata-kata yang dapat berikan aku semangat supaya aku tak terus 'down'. Alhamdulillah, aku punya sahabat-sahabat yang tak jemu memberi kata dorongan pada aku. Terima kasih sahabat-sahabatku.
Emm! Mungkin jadi jutawan nanti....siapa tahu....pujuk hati sendiri :)
(Segala kesedihan tak akan dapat menandingi kesedihan aku bila Allah menjemput Ayah...)
Mohawk
Kesian Miki.
Walaupun Mone dah berbaik dengan dia, dia tetap kena buli.
Bulu di bahagian tengkuk semua dah licin. Sekarang Miki dah jadi sebijik macam Red Indian Mohawk.
Hehehe.
Thursday, October 22, 2009
Megi itu Enak!
Bila terbaca dalam blog Izat, aku tersenyum sendirian. Terkenang zaman 'study', zaman poket sentiasa kering, makan apa saja yang termampu.
Megi...memang masa tu megi adalah makanan asasi bagi student macam aku. Cuma disebabkan perut aku sensitif, aku terpaksa tolak Megi ke tepi. Alternatif lain ialah biskut kering atau nama lainnya roti empat segi (Abg selalu pelik....katanya...itu bukan roti, itu biskut), telur, kicap dan sos.
'Coursemate' aku dulu seramai 57 orang; 4 India, 11 Melayu dan selebihnya Cina. Semua 'kaki Megi' kecuali aku. Setiap hari ada yang makan 2 bungkus Megi untuk kenyangkan perut supaya boleh terus berjaga malam untuk 'study'. Dorang akan beli Megi secara pukal, dalam kotak.
Tapi dorang tetap pandai, cemerlang dan berjaya. Sekarang masing-masing kalau bercerita semula zaman 'study' yang susah pasti semua akan tergelak-gelak. Kelakar pun ada bila masing-masing cari saja jalan untuk jimatkan duit. Duit yang ada digunakan untuk beli buku (yang kebanyakan 'zerox', sebab murah).
Aku terliur tengok Megi cuma tak daya nak tahan sakit perut lepas makan. Mahu tak mahu, aku cicah saja biskut kering dengan air kopi. Ok apa. Kenyang. Sekali makan hampir 10 keping biskut kering. Hehe memang banyak. Penat dan lapar selalunya lepas 'rotation'. Selalunya ayah akan beli satu tin besar biskut kering buat bekalan untuk aku. Alhamdulillah perut aku baik, tak menyusahkan aku mahu makan yang bukan-bukan masa tu. Perut aku pun tahu aku tak banyak wang.
Megi...memang masa tu megi adalah makanan asasi bagi student macam aku. Cuma disebabkan perut aku sensitif, aku terpaksa tolak Megi ke tepi. Alternatif lain ialah biskut kering atau nama lainnya roti empat segi (Abg selalu pelik....katanya...itu bukan roti, itu biskut), telur, kicap dan sos.
'Coursemate' aku dulu seramai 57 orang; 4 India, 11 Melayu dan selebihnya Cina. Semua 'kaki Megi' kecuali aku. Setiap hari ada yang makan 2 bungkus Megi untuk kenyangkan perut supaya boleh terus berjaga malam untuk 'study'. Dorang akan beli Megi secara pukal, dalam kotak.
Tapi dorang tetap pandai, cemerlang dan berjaya. Sekarang masing-masing kalau bercerita semula zaman 'study' yang susah pasti semua akan tergelak-gelak. Kelakar pun ada bila masing-masing cari saja jalan untuk jimatkan duit. Duit yang ada digunakan untuk beli buku (yang kebanyakan 'zerox', sebab murah).
Aku terliur tengok Megi cuma tak daya nak tahan sakit perut lepas makan. Mahu tak mahu, aku cicah saja biskut kering dengan air kopi. Ok apa. Kenyang. Sekali makan hampir 10 keping biskut kering. Hehe memang banyak. Penat dan lapar selalunya lepas 'rotation'. Selalunya ayah akan beli satu tin besar biskut kering buat bekalan untuk aku. Alhamdulillah perut aku baik, tak menyusahkan aku mahu makan yang bukan-bukan masa tu. Perut aku pun tahu aku tak banyak wang.
Nak dibandingkan dengan budak-budak zaman sekarang, dorang terlalu mewah. Tengok 'handphone' dorang pun lebih hebat daripada orang yang dah bekerja. Harapan aku, dorang pun belajar dengan hebat juga.
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
Harapan aku lagi, jangan sampai pepatah ini jadi sebaliknya.
Sayang mereka
Maklang sms aku katanya Yumi dah dibawa ke klinik kerajaan. Oklah tu.
Orang di klinik (yang pastinya bukan doktor) suruh apply minyak panas pada kaki Yumi. Katanya kaki Yumi terseliuh.
Oh oh...nasihat apakah ini? Ingat Yumi tu manusia? Silap haribulan Yumi jadi arwah dalam masa yang singkat.
Dulu, aku dah naik bosan tengok 'owner' datang nangis-nangis bila kucing atau anjing dorang dalam keadaan nazak. Bila ditanya, katanya 'pet' dorang sakit kaki, apply minyak angin. Satu lagi alasan yang popular ialah "kucing saya demam, jadi saya kasi panadol."
Kes macam ni selalunya 'pets' dorang tak dapat diselamatkan. Maka matilah di depan mata. Bengkak-bengkak mata owner. Mata aku pun merah juga, sebab aku tak boleh tengok haiwan mati, sayu.
Jadi nasihat aku, cubalah bertanya pada mereka yang berpengetahuan tentang haiwan. Manusia dan haiwan tak sama anatomi dan fisiologi. Kita nampak dorang makan dan bernafas macam kita tetapi hakikatnya agak berbeza.
Aku bercakap bagi pihak mereka yang sayangkan haiwan. Yang tak berapa kisah tu....nak buat macam mana.
Kesian pada haiwan, mentang-mentang tak boleh bercakap, manusia boleh buat apa saja pada mereka.
Wednesday, October 21, 2009
Menanti Keajaiban Itu
Mungkin ini dugaan buat aku. Allah berikan kebahagiaan dan Allah juga berikan aku kedukaan pada masa yang sama. Walaupun semuanya belum pasti, tapi apa yang aku lihat agak kabur masa depan kerjayaku.
Alhamdulillah. Apa lagi yang dapat aku katakan. Rezeki itu Allah yang menentukannya. Aku selalu bersangka baik, Allah lebih mengetahu apa yang terbaik untukku.
Aku kasihankan Abg. Kalau kerjaya aku 'terbang', mesti bebanannya bertambah. Nasibku baik sebab keretaku akan habis dibayar 3 bulan lagi. Lega rasa hati.
Bila pandang Mak, aku sedih kembali. Aku dah tak mampu lagi mahu hulurkan bantuan kepada Mak. Semuanya terpaksa aku harapkan pada Abg.
Di saat-saat ini, aku benar-benar terasa lemah. Tapi sedikit pun aku tak menyesal meletakkan jawatan sebelum ini sedangkan aku dah di tahap selesa ketika itu. Hidup ini perlu pengorbanan dan itu adalah salah satu pengorbanan yang aku buat untuk dapatkan kebahagiaan yang satu ini.
Di kala ini aku masih berharap ada keajaiban yang berlaku. InsyaAllah, jika masih ada rezekiku di situ. Tahun 2010 aku nantikan dengan penuh debaran.
Alhamdulillah. Apa lagi yang dapat aku katakan. Rezeki itu Allah yang menentukannya. Aku selalu bersangka baik, Allah lebih mengetahu apa yang terbaik untukku.
Aku kasihankan Abg. Kalau kerjaya aku 'terbang', mesti bebanannya bertambah. Nasibku baik sebab keretaku akan habis dibayar 3 bulan lagi. Lega rasa hati.
Bila pandang Mak, aku sedih kembali. Aku dah tak mampu lagi mahu hulurkan bantuan kepada Mak. Semuanya terpaksa aku harapkan pada Abg.
Di saat-saat ini, aku benar-benar terasa lemah. Tapi sedikit pun aku tak menyesal meletakkan jawatan sebelum ini sedangkan aku dah di tahap selesa ketika itu. Hidup ini perlu pengorbanan dan itu adalah salah satu pengorbanan yang aku buat untuk dapatkan kebahagiaan yang satu ini.
Di kala ini aku masih berharap ada keajaiban yang berlaku. InsyaAllah, jika masih ada rezekiku di situ. Tahun 2010 aku nantikan dengan penuh debaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)









