Pages

Wednesday, March 25, 2009

Cameron Highland; cerita yang panjang

Ahad lalu aku, abg, mak dan Kinah ke Cameron Highland (CH). Kami bertolak awal pagi dengan harapan dapat sampai awal juga di CH. Sebelum bermula perjalanan kami telah diingatkan supaya tiada sebarang provokasi dicetuskan di dalam kereta. Siapa yang berdegil akan ditinggalkan di tepi jalan dan berumahlah dengan 'orang di sana'.

Kami naik melalui Simpang Pulai. Target utama JAGUNG dan juga STRAWBERI COKLAT. Merapu meraban merapu meraban akhirnya sampailah kami. Singgah di tempat org jual-jual sayur dan buah-buahan. Kinah angkut strawberi coklat sekotak, tak berani angkut banyak takut tak sedap. Tapi memang sedapla....mengasyikkan hehe. Nyesal kami beli sekotak sebab balik kami ikut Tapah; jalan lama.

Jagung kami beli di Pasar Tani. Lebih murah berbanding beli di farm. Kami jadi rambang mata bila semua benda kami nak beli. Walhal janji nak beli jagung jer. Cendawan goreng, strawberi coklat, jagung, sayur, kincan goreng, aiskrim strawberi.....alamak...bankrupt....dah la gaji tak masuk lagi.

Terlambat beberapa minit mesti tak sempat kami ke Pasar Tani tu. Lain kali tahu dah mana mau cari barang murah hehe.

Lepas makan kami solat di masjid atas bukit. Wah....bestnya..nyamannya. Toilet bersihnya, air sejuknya. Aku rasa tak mahu balik.

Masa balik aku minta abg ikut jalan lama; jalan ke Tapah yang kona-koni bagai nak rak. Sempat kami singgah di Cameron Valley Tea Plantations atau lebih dikenali sebagai Bharat Tea Plantation. Ramai pengunjung di situ. Kinah teruja tengok ladang teh yang menghijau. Sempatlah bergambar Kinah dan mak guna kamera telefon Kinah. Untuk pengetahuan, kamera digital aku rosak. Sedih betui ler.

Abg teruja nak minum teh macam orang lain sedang buat di situ. Konon-konon nak ambil 'feel' minum di ladang teh dengan menggunakan 'tea set' yang lengkap. Abg beratur. Ramai orangkan. Kemudian aku tarik abg keluar dari barisan.
"Abg, tak berbaloi la kita nak beratur dan bayar beringgit-ringgit untuk secawan teh yang bearcat sendiri boleh bancuh kat rumah."
Kami gelak-gelak dan beredar dari situ.

Mak dan Kinah masuk toilet di situ. Kata Kinah, Mak dan Abg, kalau nak rasa pengalaman 'membuang' sambil di skodeng pengutip daun teh, silalah ke toilet paling hujung hehehe. Toiletnya bercermin dengan harapan sambil 'membuang' dapat menikmati pemandangan teh yang menghijau.

Di sepanjang bukit ada Orang Asli jual petai. Wuyoo! Jangan tak beli. Petainya sedap. Besar-besar dan rangup. Walaupun mak dah angkut banyak, sebenarnya masih tak cukup. Tapi pandai-pandailah tawar-menawar. Orang Asli ni ada 'ek' dia tersendiri. Janganla dok tawar depan muka dia. Cara paling senang, tawar-menawar, kalau dia tak beri, terus buat-buat jalan masuk ke dalam kereta. Nanti dia akan panggil dan beri harga rendah skit. Tapi janganlah sampai 10 kali dok buat taktik yang sama. Harus ada orang tak turun CH jap lagi kena sumpit.

Di Kuala Woh kami singgah sekejap. Konon-konon nak main air. Sekali syoknya bila ada air panas dalam air sejuk. Panas yang dapat memasakkan sebiji telur. Kami pulun rendam kaki sampai merah-merah. Lain kali rasa nak datang lagilah.

5 comments:

scr said...

atleast gaji masuk....den bankrupt jugak...huhu...gaji x masuk pun...huwaaa

scr said...

toilet kat ladang teh lg best...rasa mcm di awangan....

Bearcat said...

Wa sudah bankrup huk huk huk. Tapi wa mau pegi lagi nanti hehehe.

Ariff Budiman said...

Janganlah lupa akan kami

Bearcat said...

Takkan lupa....nanti kita pi konvoi dengan kereta baru tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...