Pages

Thursday, September 17, 2009

Akhirnya...

Aku dari lepas soq tadi tak tido. Tunggu kek lapis sampai. Ha? Apa kejadahnya aku tak tido....bukannya posmen datang pukul 7 pagi.

Pukul 1 lebih baru posmen pos laju sampai. Lajunya...sampai tengahari baru sampai. Yey! Tak larat tunggu Encik Posmen dah. Wah! Besar kek. Terima kasih Encik Posmen. Ingat Encik Posmen dah ngap kek tu di tengah jalan. Kot-kot la Encik Posmen uzur.

Kenapa aku pulak teruja lebih-lebih dapat kek lapis tu? Itu bukan kek aku...kek Izat. Alamak! Over pulak aku ni hehe. Aku over nak makan saja. Harap-harap sedap.

Mak buka kotak, nah...sebijik kek lapis Sarawak yang cantik. Nanti aku snap gambar. Penghantarnya bernama Dila. Terima kasih Cik Dila. Mesti Dila ni pun cantik macam kek lapis nih. Boleh ke aku samakan orang dengan kek?

Tapi seksanya nak tunggu Izat balik...hari Sabtu. Alahai, ikut hati aku potong jer, pastu balut semula elok-elok. Nanti aku cakapla Dila tu hantar kek kecik jer hahaha. Izat bukan tahu pun.

Takperlah....sabarlah.
Dua kali dah aku asyik buka peti ais. Bukan apa, takut Mone curi kek aku. Hehe. Eh! Silap. Kek Izat....

3 comments:

insan marhaen said...

tak dapat rasa kek, tengok gambar pun jadilah. lambat pulak posmen ni nak hantar gambar kek tu, ya!

ARIFF BUDIMAN said...

Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Betoi ka kata-kata tu. Paknjang tak mau mengandung la. He he. Sabaq aja la

bearcat said...

IM, tu la...ingat posmen dah kekah kek tu hehe...akhirnya dalam panas terik mai gak posmen tu.

Pak Njang kalau mengandung....baru kami semua lari hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...