Pages

Saturday, September 12, 2009

Biskut Raya oh Biskut Raya

Raya tak lama lagi. Aku yang terover nak raya, nak makan biskut raya. Tahun ni nampaknya aku tak mampu langsung nak buat sejenis pun biskut raya. Harap keluarkan duit, beli....tak ada pilihan terpaksa suka sajalah dengan biskut apa yang dijual.

Aku sms Amir tadi. Harap sangat dia balik awal. Adik aku ni boleh harap skit kalau bab nak menolong di dapur. Kalau Amir balik awal aku nak pujuk dia buatkan biskut untuk aku. Sejenis pun jadilah...biskut yang aku suka. Boleh jugak abg tolong. Abg bab-bab terap kuih guna acuan memang dia suka. Kalau kat rumah pun abg selalu menolong. Tapi bila angin bosan abg datang, mulalah biskut aku jadi macam-macam rupa...aku pulak naik hangin hehe. Takper, yang pelik-pelik tu suruh saja abg yang makan :P

Aku juga merindui biskut Buah Jambu yang dulu-dulu Maklang selalu buat. Tetapi setelah mendapat tentangan ramai (tentangan yang kuat kekeke) akhirnya biskut Buah Jambu terkeluar dari senarai menu hari raya di rumah tok. Melalui interview yang aku jalankan, Mak, Mak Ndak dan Adik An sangat anti biskut ni. Bila sebut saja semua jadi marah, aku kelakar betullah. Yang menambahkan kemarahan ramai ialah bunga cengkih yang Maklang pacakkan sebagai tangkai buah jambu tu. Kekekeke.

Paknjang dan Miqdad, adakah anda ingat rupa dan rasa biskut Buah Jambu Maklang? Jom kita kempen supaya ianya dibuat semula...hehe.

2 comments:

ARIFF BUDIMAN said...

Salam. Pkjang tak suka biskut. Biskut Buah Jambu tu buat kenangan sudah la. Cengkehnya terpacak. Pkjang teringin biskut arab yang setiap tahun makjang buat.Serondeng makjang yang sedap hasil dari resipi tok. Tahun ini pakjang tak raya sangat. Hati pun tak seronok

bearcat said...

Salam. Huhuhu paknjang...janganlah cerita macam ni. Sedihnya...
Kalau tidak time raya macam ni sibuklah Maknjang di dapur. Macam terdengar-dengar lagi gelak tawa Maknjang masa memasak....

Paknjang janganlah sedih-sedih....Kami lagi sedih tengok Pakjang.

G pun sedih gak raya tahun ni teringat ayah...

Sabarlah hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...