Pages

Wednesday, April 12, 2017

RESEPI : IKAN BAKAR MUDAH

Dah lama aku teringin nak makan ikan pelata bakar. Tapi tak naklah bakar guna garam kunyit dan cicah air asam jer. Nak juga rasa yang lain-lain kan. 

Niat di hati nak makan pais ikan. Alahai, kat mana pulaklah nak cari kelapa parut dan daun pisang. Daun kunyit dan serai tu adalah, tinggal ambil di luar jer. So, terpaksalah ubah resepi dari pais ikan kepada ikan bakar paling mudah ni hihi.

IKAN BAKAR PALING MUDAH

Bahan-bahan :
  • Ikan kembung/termenung/pelata
  • Bawang putih kisar
  • Cili kisar
  • Serbuk kunyit
  • Susu pekat
  • Minyak
  • Garam

Cara memasak :
1. Cuci bersih ikan dan perapkan dengan semua bahan.

2. Bakar di atas dapur atau grill di dalam oven sehingga masak.

 Perap seketika ikan dengan semua bahan.


 Aku bakar di atas dapur...berkerak-kerak...itu yang sedap hihi.


Ikan bakar yang mudah dan sedap.


Adik ipar aku marahkan aku bila dia dapat tahu aku memasak. Nak buat macam mana...kakakmu lebih gemar masakan sendiri daripada beli makanan luar huhu. Selagi mampu aku gagahi juga memasak. Kaki bengkak belakang kira. Malam karang melolonglah sakit. Takper janji perut dah kenyang haha.

4 comments:

insan marhaen said...

Saya tak minat sangat makan ikan bakar.

Masak lemak cili padi, ok la...

Bearcat said...

Samalah dengan saya IM. Saya juga suka sangat dengan masak lemak cili pada. Baru jer masak baru-baru ni tapi lupa nak up entry hihi.

aizamia 3 said...

Kalau bab membakar, en. Hb yang biasa buat.. saya dengan anak2 tukang makan.. hehehe..

Bearcat said...

Aizamia...wah untungnya dapat hubby rajin memasak :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...