Pages

Thursday, September 3, 2009

La Hot Spring


 Sambung lagi kisah jalan-jalan di Terengganu. Ini gambar di La Hot Spring. Ya, dengar namanya memang macam ala-ala Waikiki Beach gitu tapi hakikatnya tempat ni terletak di kawasan yang terpencil; lebih tepat lagi dalam ladang kelapa sawit. Suasananya lebih kurang macam kat Sg. Sedim. Tenang...
Inilah rupa keluarga kami yang menconquer satu kolam air panas (tingkat paling bawah). Memang panas. Bukan takat suam-suam kuku. Waktu mula merendamkan kaki, meriding bulu romaku....ooooooo. Aku setakat rendam kaki saja. Nak terjun macam orang lain tidaklah jawabnya, tak sanggup aku. Dahla macam licin jer sebab banyak lumut. Bau airnya kurang menyenangkan, bau beleranglah kan...dah namanya kolam air panas.
Budak cenonit ni lagilah tak berani nak turun hehe. Aku yang gedabak ni pun penakut. Jadi dia cuma duduk atas tangga batu. Itu pun terpaksa minta tolong sepupu bila nak naik ke atas semula.
Eh! Nampak macam sedang mengumpul tenaga dalam jer dua orang ni. Walhal dok tahan panas sampai masak bontot kekeke. Gaya ala-ala macho.
Ha! Tak percaya cakap aku? Tengok muka Pak Njang masa mula rendam kaki. Sampai ternganga dan terjegil biji mata kekekeke.
Kat sini pun ada alien? hehe. Dik An ni memang best. Dia terjun selamba jer...pastu cepat-cepat naik. Panas ler.
Masa suruh posing...macho jer dua-dua ni. Tengok kat bawah lak...bila aku dah candid.....
Kekeke...cepat-cepat nak lari sebab panas. Tengok yang belakang tu....macam atuk tua.
Ini pulak anak sungai cetek yang terletak di bahagian paling bawah. Sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Airnya sejuk walaupun air dari kolam air panas yang bertingkat-tingkat tu semua mengalir ke sungai ini.
Kalau ikut laluan melalui perkampungan felda, korang akan berdepan dengan situasi yang sebegini. Adeih, nak tunggu depa ni gerak boleh gak la.
Ini pulak halangan yang kedua. Halangan lebih kecil hehe. So, kalau nak pergi ke La Hot Spring sila jangan ikut jalan masuk ke Felda. Memang jauh, sunyi dan banyak lembu, kerbau dan kambing.

Tengoklah tu, siap kami jumpa kerbau balar lagi. Dengan suasana berkabus (petang dah ni) aku dah suruh abg drive cepat-cepat. Rasa macam seram jer dengan kawasan tak ada manusia satu pun.

3 comments:

hentian said...

Pak Njang dok 'ushar' apa kat atas pokok tu? Siang-siang pun 'dia' ada ke?

Bearcat said...

Ushar apa...Paknjang terkejut ayaq kolam tu panas. Sampai ternganga mulut-mulut kekeke.

Ariff Budiman said...

Insan marhein..He he Bukan nampak benda. Ayaq paneh sangat sehingga tak terkata napa-apa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...